Monday, 24 September 2012

Assalamulaikum..

Anda sedang mencari penginapan 
di Kota Tinggi Bandar Bersejarah? 
Jommm..... ke Annur homestay 
 
Annur Homestay menyediakan penginapan yang selesa, luas dan bersih dengan harga yang berpatutan. 
Penginapan ini merupakan sebuah unit rumah teres satu tingkat 
(tak perlu naik tangga)
lot pertengahan dengan 4 bilik tidur dan dua bilik air beralamat 
di No 18, Taman Medan Jaya, Kota Tinggi. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi. Kawasan bebas daripada banjir dan Amat kondusif.
 
 Rate:

 
RM180 weekend (Friday Night - Sunday Night) Public Holiday & School Holiday 

RM160 Weekday (Monday Night - Thusrday Night)

 
Hubungi : Tel/Wassapp - 0137647950


Ruang Tamu dilengkapi TV 32" & ASTRO


Bilik 1

 Bilik 2

 Bilik 3
 Bilik 4


Ruang Dapur yang serba lengkap


Ruang Makan

Kejiranan yang aman dan damai
Bilik Air 1



Pelan ke Annur Homesaty


HP : 0137647950



INFO KOTA TINGGI

Kota Tinggi dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.


Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak diLombong, 16 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang.
Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung BalauDesaru , Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi.

 
Muzium Johor Lama                                     Muzium Kota Tinggi
 
Tanjung Balau & Desaru